Sunday, December 5, 2010

Perubahan...~

Sudah hampir mahu shut down lappy usang tersayang
tapi tiba-tiba teringat kisah seorang teman ketika menghadiri kenduri majlis siang tadi
kami memang bersama sejak dari zaman sekolah rendah hingga menengah
tapi takdir dan rezeki kami berbeza apabila aku menyambung belajar
dia pula sudah mula mengejar karier nya sendiri
untuk beberapa tahun, memang tak pernah contact langsung
nak kata rapat, tak rapat sangat pun
cuma kami berteman bergurau seperti rakan-rakan yang lain
tiada yg istimewa

melalui laman sosial facebook
akhirnya kami dipertemukan semula
takdir yg maha Esa barangkali
antara teman2 yang lain, aku juga menjadi pilihannya utk dijadikan rakan dalam muka bukunya :)
sebelum menambah kenalan lama yg lain

alhamdulillah...
dia punya kerjaya dan totally changed dari atas sampai bawah
CANTIK!
bukanlah dia tak baik
jujur! she's very nice person


lebih dari itu biarlah urusan antara dirinya dan yg maha Esa
aku sendiri pun manusia biasa
terkadang khilaf meninggalkan laranganNya
tidak layak menghakimi sewenangnya :)

dipendekkan cerita
tadi aku dan teman-teman lain terkejut mendengar khabar
bahawa dirinya akan menamatkan zaman 'single' nya
dlm tempoh masa 3 minggu sahaja lagi

ALHAMDULILLAH
kagum aku padanya
walaupun kehidupannya bukan seperti yg kita harapkan
tapi sekurang-kurangnya dia masih tahu yang mana baik dan yg mana buruk bg dirinya
she's willing to change!

yang menjadi tanda tanya di hati kami dan teman-teman lain
dia menerima jodoh yg menjadi pilihan orang tuanya
alhamdulilah...~
terus berkenan setelah berjumpa
(seperti yang diberitahu kepada aku)
syukur dia masih mengingati tentang masa depannya
terkadang ada di antara manusia
apabila sudah memiliki kesenangan hari ini
terus melupakan bekalan kesenangan untuk hari esok



"Semoga Jodoh nya bersama Pilihan Hatinya Berkekalan Hingga Hujung Nyawa"

~ameen~

*  *  *

Inilah yang dikatakan JODOH
seringkali mengenang nasib diri lambat menemui jodoh
ada yg menyalahkan diri dan nasib kerana tiada yg sudi menerima cintanya
ada yang punya "cinta" keliling pinggang
tapi benarkah mereka bahagia?

apa itu CINTA?

sujud sembah yang hakiki hanyalah pada CINTA ALLAH...~
bukankah lebih baik menangisi memohon keredhaan Cinta daripadaNya...

Dia maha mengetahui segalanya
Tadah tangan mohon kepadaNya
Dia tahu yang terbaik dan selayaknya menerima cinta dari hati mu yg tulus
cinta yg wajar dan layak utk dimiliki dan dipelihara oleh sang adam 
yang tahu menghargai dan melindungi ikatan kasih dan cinta antara kamu dan dirinya
tidak hanya melihat luaran
tapi tahu menilai tulus ikhlasnya murni hatimu

insyaAllah...
jangan pernah putus asa menunggu jodohmu
kerana telah ditetapkan si adam pasangannya adalah si hawa
cuma si dia terlambat menemui cinta mu...~

(^_^)


Song for this post: "For The Rest of My Life" by Maher Zain



p/s: tak apa kot background music rumah saya ni fast beat...ehehe...~ ok la tu, My Only One ;)

No comments:

Post a Comment

feel free to drop ur word here and share ur memories dat u want to delete forever...~

..::MEMORIES ARE THE BEST SOUVENIER EVER...~::..